Followers

Wednesday 7 December 2011

Latihan Interaktif Mengenal Huruf



Setelah murid-murid ingat dan kenal huruf-huruf yag diajar, mereka akan diuji pula dengan menjawab latihan interaktif mengenal huruf yang telah disediakan oleh guru. So, murid-murid mari cuba jawab soalan-soalan ini. Semoga berjaya....



Tuesday 6 December 2011

Mari Mengenal Huruf



Seterusnya untuk mengukuhkan lagi pengamatan dan ingatan murid-murid, mereka diajar lagi dengan menggunakan bahan interaktif yang telah dihasilkan oleh guru. Jom murid-murid kita sebut dan ingat kembali huruf yang telah diajar sebelum ini...





Sunday 4 December 2011

Lembaran Kerja Menulis Huruf Besar


Setelah murid-murid dapat menyebut dan mengenal huruf-huruf yang telah diajar, murid-murid akan diminta untuk melaksanakan lembaran kerja yang telah disediakan. Mereka diminta menulis huruf-huruf ini sambil menyebut huruf-huruf tersebut secara latih tubi. Mari murid-murid kita belajar meulis huruf. Usaha tangga kejayaan.

MENULIS HURUF BESAR

Saturday 19 November 2011

Lagu ABC


Seterusnya murid-murid akan menyanyikan lagu ABC bersama-sama dengan guru. Semoga

mereka semua terhibur. Mari kita nyanyi bersama-sama.....



Kad Huruf

Untuk mengukuhkan ingatan murid-murid lagi, saya telah menyediakan kad huruf beserta dengan gambar yang mewakili huruf tersebut. Kad-kad ini akan diberikan kepada murid-murid untuk melihat dan menyebutnya secara latih tubi. Kad huruf tersebut adalah seperti berikut:


Kad Huruf Dan Gambar

Mari Mengenal huruf besar


Kemahiran mengenal huruf besar merupakan kemahiran yang pertama perlu dikuasai oleh murid-murid. Untuk menguasai kemahiran ini, saya telah menyediakan slide powerpoint untuk murid-murid  mengenal dan menyebut huruf-huruf ini bersama-sama dengan guru. So mari kita belajar mengenal huruf besar.



Monday 31 October 2011

Pemulihan Khas

Untuk makluman semua pemulihan khas ialah kelas untuk murid-murid tahap 1


yang belum menguasai kemahiran asas (3M) iaitu kemahiran membaca, menulis


dan mengira. Oleh yang demikian, pengajaran pemulihan khas tidak mempunyai


topik atau tajuk yang khusus seperti pengajaran di kelas biasa. Pendidikan


Pemulihan Khas mempunyai 32 kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid


iaitu:


Huruf Kecil

Huruf Besar

Huruf Vokal

Sukukata KV

Perkataan KV+KV

Sukukata V+KV

Perkataan KV+KV+KV

Perkataan KVKV

Sukukata KVK

Perkataan V+KVK

Perkataan KV+KVK

Perkataan KVK+KVK

Perkataan KVK+KVK

Perkataan KV+KV+KVK

Perkataan KVK+KV+KVK

Perkataan KVKK

Sukukata KVKK

Perkataan KV+KVKK

Perkataan V+KVKK

Perkataan KVK+KVKK

Perkataan KVKK+KV

Perkataan KVK+KVK

Perkataan KVKK+KVKK

Perkataan KV+KV+KVKK

Perkataan KV+KVK+KVKK

Perkataan KVK+KV+KVKK

Perkataan KVKK+KV+KVK

Perkataan KV+KVKK+KVK

Perkataan diftong & vokal berganding

Perkataan huruf konsonan bergabung (digraf)

Membaca dan membina ayat mudah

Bacaan dan pemahaman

Setelah murid-murid mengusai ke semua kemahiran di atas, mereka akan dinilai


dengan menggunakan Instrumen Penguasaan IPP2M. Untuk memenuhi tugasan


subjek KRT 3013 saya telah memilih kemahiran mengenal huruf sebagai



salah satu topik pengajaran saya