Setelah murid-murid ingat dan kenal huruf-huruf yag diajar, mereka akan diuji pula dengan menjawab latihan interaktif mengenal huruf yang telah disediakan oleh guru. So, murid-murid mari cuba jawab soalan-soalan ini. Semoga berjaya....
Followers
Wednesday, 7 December 2011
Latihan Interaktif Mengenal Huruf
Setelah murid-murid ingat dan kenal huruf-huruf yag diajar, mereka akan diuji pula dengan menjawab latihan interaktif mengenal huruf yang telah disediakan oleh guru. So, murid-murid mari cuba jawab soalan-soalan ini. Semoga berjaya....
Tuesday, 6 December 2011
Mari Mengenal Huruf
Seterusnya untuk mengukuhkan lagi pengamatan dan ingatan murid-murid, mereka diajar lagi dengan menggunakan bahan interaktif yang telah dihasilkan oleh guru. Jom murid-murid kita sebut dan ingat kembali huruf yang telah diajar sebelum ini...
Sunday, 4 December 2011
Lembaran Kerja Menulis Huruf Besar
Setelah murid-murid dapat menyebut dan mengenal huruf-huruf yang telah diajar, murid-murid akan diminta untuk melaksanakan lembaran kerja yang telah disediakan. Mereka diminta menulis huruf-huruf ini sambil menyebut huruf-huruf tersebut secara latih tubi. Mari murid-murid kita belajar meulis huruf. Usaha tangga kejayaan.
Saturday, 19 November 2011
Lagu ABC
Seterusnya murid-murid akan menyanyikan lagu ABC bersama-sama dengan guru. Semoga
mereka semua terhibur. Mari kita nyanyi bersama-sama.....
Kad Huruf
Untuk mengukuhkan ingatan murid-murid lagi, saya telah menyediakan kad huruf beserta dengan gambar yang mewakili huruf tersebut. Kad-kad ini akan diberikan kepada murid-murid untuk melihat dan menyebutnya secara latih tubi. Kad huruf tersebut adalah seperti berikut:
Kad Huruf Dan Gambar
Kad Huruf Dan Gambar
Mari Mengenal huruf besar
Kemahiran mengenal huruf besar merupakan kemahiran yang pertama perlu dikuasai oleh murid-murid. Untuk menguasai kemahiran ini, saya telah menyediakan slide powerpoint untuk murid-murid mengenal dan menyebut huruf-huruf ini bersama-sama dengan guru. So mari kita belajar mengenal huruf besar.
Mari mengenal huruf besar
View more presentations from rawaida osman
Monday, 31 October 2011
Pemulihan Khas
Untuk makluman semua pemulihan khas ialah kelas untuk murid-murid tahap 1
yang belum menguasai kemahiran asas (3M) iaitu kemahiran membaca, menulis
dan mengira. Oleh yang demikian, pengajaran pemulihan khas tidak mempunyai
topik atau tajuk yang khusus seperti pengajaran di kelas biasa. Pendidikan
Pemulihan Khas mempunyai 32 kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid
iaitu:
Huruf Kecil
Huruf Besar
Huruf Vokal
Sukukata KV
Perkataan KV+KV
Sukukata V+KV
Perkataan KV+KV+KV
Perkataan KVKV
Sukukata KVK
Perkataan V+KVK
Perkataan KV+KVK
Perkataan KVK+KVK
Perkataan KVK+KVK
Perkataan KV+KV+KVK
Perkataan KVK+KV+KVK
Perkataan KVKK
Sukukata KVKK
Perkataan KV+KVKK
Perkataan V+KVKK
Perkataan KVK+KVKK
Perkataan KVKK+KV
Perkataan KVK+KVK
Perkataan KVKK+KVKK
Perkataan KV+KV+KVKK
Perkataan KV+KVK+KVKK
Perkataan KVK+KV+KVKK
Perkataan KVKK+KV+KVK
Perkataan KV+KVKK+KVK
Perkataan diftong & vokal berganding
Perkataan huruf konsonan bergabung (digraf)
Membaca dan membina ayat mudah
Bacaan dan pemahaman
Setelah murid-murid mengusai ke semua kemahiran di atas, mereka akan dinilai
dengan menggunakan Instrumen Penguasaan IPP2M. Untuk memenuhi tugasan
subjek KRT 3013 saya telah memilih kemahiran mengenal huruf sebagai
salah satu topik pengajaran saya
Wednesday, 26 October 2011
Coretan Pertamaku (My 1st Post)
|
.....Untuk coretan pertama ni aku tak tahu nak tulis apa...
.....So fikir punya fikir aku decide untuk masukkan gambar kelas pemulihan di sekolah aku...
.... Nama kelas pemulihan sekolah aku ni aku bagi nama Villa Al-Falahiyah...
......Aku sendiri aje bagi nama tu...
.....Opps lupa pula! Sekolah aku ni nama dia SK (LKTP) Tembangau 1, Bera, Pahang
.....Ok lah malas nak tulis panjang2.
.....Enjoy gambar2 ni.
..... BTW, pictures speak louder than words, right?
Selamat Datang ke Villa Al-Falahiyah
p.s: kecian makcik tu kena potong badan dia, tak bagi nampak muka...takmo publisiti!
Motto: Jangan Beri Dalih, Tapi Kata Boleh!
ps: Peraduan cari huruf yang hilang!
Sudut Mari Eja dan Baca
Let's Learn Maths Corner!
Dino Park...
ps: tak pupus lagi!
Bakul Ajaib...
ps: minta aje apa nak!
.... Setakat tu je lah dulu...
.... Esok Nanti masuk lagi gambar kelas...
..... Lagi pun ni baru nak belajar buat blog...
.... and it's my 1st post anyway!
|
Subscribe to:
Posts (Atom)